News

Share this

Cabaran pulihkan empayar niaga

July 16, 2018

Sebagai anak kepada pengasas Malayan United Industires Bhd (MUI), cabaran besar dipikul Andrew Khoo, 45, apabila beliau menjadi harapan baharu untuk memulihkan prestasi syarikat pelaburan terkemuka itu.

Tugasnya bukan sekadar menggalas kepercayaan pemegang saham syarikat dan meluaskan operasinya, namun beliau turut perlu membuktikan sesuatu yang lebih besar.

MUI yang dimiliki oleh Tan Sri Khoo Kay Pang, mula diperbadankan pade 1960, sebelum ia disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada Jun 1971.

Sekitar 70-an dan 80-an, MUI berada pada era kegemilangannya, apabila ia menceburi pelbagai segmen perniagaan membabitkan peruncitan perhotelan, makanan, perkhidmatan kewangan dan pembangunan hartanah.

Malah, operasi kumpulan itu turut berkembang di Eropah, termasuk United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) dan rantau Asia Pasifik.

Bagaimanapun, prestasi syarikat dilihat kurang memberangsangkan apabila terus mencatat kerugian dari tahun kewangan 2014 hingga 2017.