Operasi Metrojaya tidak ditutup
KUALA LUMPUR: Metrojaya Bhd (Metrojaya) meneruskan operasi perniagaan peruncitannya seperti biasa termasuk rangkaian anak syarikatnya seperti MJ Department Stores Sdn Bhd dan EIC Clothing Sdn Bhd. Ia sekali gus menyangkal laporan bahawa syarikat itu sudah ‘gulung tikar’ disebabkan pandemik COVID-19. Metrojaya adalah anak syarikat Malayan United Industries Bhd (MUI), yang memiliki kepentingan sebanyak 98.21 peratus.…